Thursday, April 5, 2007

Pay TV System: How Smartcard Work


This is a brief overview of the Seca Mediaguard systems structure.

Initializing the card:


The card plays a crucial role in the communication process between the DMT and the card in the sense that the card dictates how the communication should take place.


Upon every reset, the card will make itself known to the receiver/DMT. A reset is triggered, the moment the receiver is turned on, but also every time the card is pulled from and then reinserted into the CAM.


What happens upon a reset of the card is the following:

The card will tell to the receiver how it needs to be updated. This notification to the CAM is defined in the ISO7816-3 specifications and it is very strict. The information, according to the ISO protocol, contains for instance the specification what Voltage and Amperage are needed to update the card. But it will also tell the CAM at what Baudrate and whether the communication should be synchronous or asynchronous etc.



The Seca Mediaguard algorithm:


The Seca Mediaguard algorithm is based on a 8 byte long coded key; the so called Crypted Controlword. From this Crypted Controlword, the Decypted Controlword is computed. For that computation, a 16 byte key is needed. The 16 byte key is composed of 2 8 byte keys, called the Primary Key (PK) and the Secundary Key (SK) respectively.


Then there are 2 more important sets of keys to be mentioned: The Operational Keys (OK) and the Management Keys (MK). The OK are the actual keys that will open up your channel. The MK are the keys that will make your OK change automatically when the provider sends the necessary signal.


Then, last but not least, we need to mention the Provider Keys and the Seca Keys:Provider Keys are those keys that enable the provider to activate, modify or disable a card. But only operations within 1 provider are possible with those keys.


The Seca Keys are the keys that authorize adjustments to a card on all levels. So with the right Seca Keys, it is possible to even add or remove providers, not just modify them.



How does the communication work:


When the communication protocol of the card is known to the CAM, the CAM will start giving instructions and asking information. The instructions that the CAM will send to the card, are called Instruction Bytes or INS for short.


As mentioned above, the card will start sending information to the CAM upon reset. The message it sends is called the ATR which is short for Answer To Reset. As soon as the ATR is received by the CAM, the CAM will start requesting information from the card. That can be information about which providers are supported by the card, what authorization does the user have for a selected provider etc. etc.



Let's give an example of such a communication:


One of the requests a CAM will make for instance is the request for information about supported providers.The INS for requesting provider info is 12 (hex). The standard notation for hex is 0x. So hex 12 will be written as 0x12.The complete syntax for Seca Instruction 12 (or INS 12) would be 12: C1 12 xx 00 yywhere:


- C1 12 means INS 0x12- xxis the provider number for which the information is requested. 00 is SECA.


- yyis the number of bytes the answer should contain.


C1 12 00 00 19


C1 12 00 00 19 12 00 00 53 45 43 41 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 2000 00 00 00 00 00 0090 00



So how will the card respond:


Syntax for the answer is:



12 bb bb cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc 00 dd dd ee ff ff 90 00 where:


- 12 is the INS identification for the answer. (in other words, it says "this is an answer to request 12).


- the 90 00 at the end of the string is standard Seca and means "everything is OK".


- in between there are exactly the number of bytes as specified in the INS (so yy bytes, see above)


- bb bbis the Provider ID.- cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc cc ccis the Provider name.- dd ddis the Smartcard Address.


- eeis yet unknown.


- ff ffcontains the end-date of the subscription.



So, the the following INS:C1 12 01 00 19 would mean:


- give me information about the first provider in the list


- and make sure the answer contains 25 bytes (19 hex).



The answer to that would be:


12 00 04 43 41 4E 41 4C 53 41 54 45 4C 4C 49 54 45 20 20 00 FF FF FF 0B CF 90 00 which means:


- answer to INS 0x12 is


- Prov.ID is 00 04


- Name is ASTROMANIAM


- Smartcard Address is FF FF


- Subscription ends on 31.12.2007



Well, that should be enough to give you some idea as to how Seca communication is structured.It will probably give you an idea of what interesting stuff there is to learn about those small cards.

Monday, April 2, 2007

Tak Perlu Berebut Alat Kawalan Jauh.


Tak perlu lagi berebut alat kawalan jauh - begitulah yang selalu diiklankan oleh pembekal TV berbayar. Penyelesaiannya mudah, iaitu anda langgan lagi sebuah alat penerima (DMT) sekiranya anda mampu untuk membayar langganan bulanan berjumlah separuh harga dari DMT pertama.

Di Malaysia, pihak Astro memberi kemudahan ini sekiranya ketika ini anda sedang melanggan Astro dengan pakej tidak kurang RM80 sebulan. Ini bermakna anda yang melanggan pakej 3 mini tidak layak mendapat promosi ini. Astro menawarkan DMT kedua percuma, anda hanya perlu membayar upah pemasangan sahaja iaitu sebanyak RM100. Dan anda juga dikehendaki mengekalkan langganan anda (tidak menamatkan langganan) bagi kedua-dua DMT bagi tempoh 24 bulan!

Sama ada Astro sedar atau tidak, bahawa sekarang ini ada alat untuk membolehkan pengguna menonton saluran berbeza pada TV berbeza tanpa membayar kepada Astro untuk langganan DMT kedua. Malah alat yang dinamakan SmartCard Splitter ini bukan sahaja boleh mengaktifkan DMT kedua malah ketiga, keempat....Ada dua jenis alat ini di pasaran gelap Malaysia ketika ini iaitu jenis berwayar dan jenis tanpa wayar. Jenis yang berwayar boleh mengaktifkan DMT kedua dan seterusnya sehingga jarak 100 meter! Yang tidak berwayar pula, sepertimana yang saya cuba boleh mengaktifkan DMT dalam kawsan rumah dua tingkat dan juga rumah sebelah menyebelah. Untuk lebih lanjut, sila lawat http://www.smartwi.net/

Saya tidak mencadangkan anda berkongsi samrtcard dengan jiran kerana implikasi perundangan, tetapi sekiranya saya berkongsi satu smartcard dengan tiga DMT dalam rumah sendiri, dalam sebuah keluarga, tidak pasti pula sama ada menyalahi undang-undang atau tidak. Saya pernah terbaca iklan kempen anti cetak rompak yang berbunyi "Anda Membunuh Industri Muzik Tempatan Sekiranya anda beli Kaset/CD cetak rompak"...saya berkata dalam hati: "Saya membunuh diri sendiri kalau beli kaset/CD tulin"...hati saya berkata demikian bila membandingkan harga CD cetak rompak dengan harga CD tulin. Salahkah saya? Memang salah but who care...

Persamaan/Perbezaan True Vision dengan Astro




True Vision (dahulunya UBC), adalah TV berbayar di Thailand mempunyai beberapa persamaan dan juga perbezaan dengan TV berbayar di Malaysia iaitu Astro.Persamaannya ialah, kebanyakan siarannya adalah sama seperti HBO, Cinemax, Star Movie, ESPN, Star Sport, AXN, Hallmark, V Channel, Star World dll. Perbezaan pula, kalau di Astro, TV tempatannya ialah TV1,T2,TV3,NTV7,TV8 dan stesen-stesen radio FM tempatan. Manakala di True Vision pula TV tempatan yg diselitkan ialah ch3,ch5,ch7,ch9,ch11,ITV,TATV,DLTV1 hingga DLTV15 (15 stesen Distance Learning TV) dan beberapa stesen radio FM tempatan.Kedua-dua pembekal TV berbayar ini menggunakan KU Band (Jalur KU).


Isyarat Astro yang dipancarkan dari satelit Measat1/3 boleh diterima di seluruh Malyasia dan Selatan Thai dengan menggunakan satellite dish 60 cm, boleh juga di terima di Bangkok dan kawasan utara Thailand dengan satellitee dish off-set 1.5 meter. Manakala Isyarat True Vission yang dipancarkan dari satelit Thaicom5 pula boleh diterima di seluruh Thailand serta Malaysia dengan satellite dish berukuran 60 cm sahaja.


Astro mempunyai beberapa jenis pakej untuk pilihan pengguna berharga antara RM50 hingga RM140 manakala True Vision mempunyai empat pakej iaitu bermula dari Bronze (340 Baht/bulan), Silver (700 Baht/bulan), Gold (1412 Baht/bulan) dan Platinum (2,000 Baht/bulan). Untuk dekoder kedua, (untuk mengelak perebutan remote control antara ibu, ayah dan anak sepertimana yang diiklankan oleh Astro) Astro mengenakan caj bulanan sebanyak 50 % dari harga langgana bulanan bagi dekoder pertama. Contohnya, jika pengguna membayar langganan bulanan untuk dekoder pertama RM80, maka utk dekoder kedua sebanyak RM40 sebulan. Untuk mendapat kemudahan ini, hanya pelanggan yang melanggan bagi pakej RM80 sebulan bagi dekoder pertama saja boleh melanggan untuk dekoder kedua. Manakala True Vision pula, pengguna boleh melanggan untuk dekoder kedua, ketiga dan seterusnya pada harga langganan bulanan 282.48 baht (RM28.20) untuk setiap point tidak kira pakej apa yang mereka langgan asalkan pakej pada point seterusnya sama dengan pakej pada dekoder pertama.


True Vision menetapkan harga yang rendah pada dekoder kedua dan seterusnya kerana sekiranya mereka letak harga tinggi, tidak ada pengguna akan melanggan kerana orang Thailand tahu bagaimana menyambung untuk point kedua dan menonton rancangan berbeza dari dekoder pertama tanpa membayar walau satu baht kepada True Vision. Pelanggan di Malaysia masih terbelakang dalam hal begini, sebab itu Astro boleh bertindak secara monopoli.


Kelebihan lain True Vision yang menguntungkan pengguna ialah, pengguna boleh membeli dan memasang peralatan True Vision (Pakej "purchase equipment")tanpa membayar langganan bulanan kepada True Vision. Peralatan tersebut terdiri dari Satellite dish dan LNB, Dekoder (kalau Astro sebut DMT), dan smartcard. Pengguna boleh memilih untuk melanggan mana-mana pakej selama sebulan, 2 bulan, 3 bulan atau tidak melanggan langsung. Sekiranya pengguna memilih untuk tidak melanggan, mereka akan dibekalkan dengan saluran TV tempatan ch3,ch5,ch7,ch9,ch11,ITV,TATV,DLTV1 hingga DLTV15 (15 stesen Distance Learning TV) dan beberapa stesen radio FM tempatan. Di samping itu, True Vision memberi tiga chanel tambahan kepada pelanggan "purchase equipment" ini iaitu True Vision News (siaran berita) True Vision Smartshop (channel promosi barangan) dan True Vision Preview. Sekiranya pengguna hendak melanggan pakej berbayar, contohnya bagi mereka yang ingin menonton Akademi Fantasia, mereka boleh melanggan bila-bila masa dengan membayar caj penyambungan 150 Baht selain bayaran bulanan yang bakal dikenakan.


Perbezaan dalam cara pembayaran pula, Astro menggunakan cara "tengok dulu, bayar kemudian". True Vision pula, "bayar dulu, baru boleh tengok". Kedua-dua pembekal ini menerima bayaran melalui kad kredit. Bagi pelanggan True Vision, sekiranya membayar menggunakan kad kredit, mereka akan dapat diskaun 2 %, manakala Astro tidak ada diskaun. bagi yang membayar secara tahunan pula, True Vision memberi tambahan satu bulan. (menjadikan 13 bulan) manakala Astro tidak ada tambahan.


Bagi mereka yang menamat langganan pula , sama ada penamatan sukarela atau ditamatkan (ini bagi Astro sahaja, bagi True Vision penamatan akan berlaku setakat bayaran prepaid yg telah dijelaskan), setelah tidak melanggan lagi para pengguna Astro akan dapat "blank screen" sahaja, atau pun akan dapat peringantan berbunyi "This Channel not Included in your subscription. To subscribe please contact Astro". Pelanggan True Vision pula masih boleh mendapat saluran TV tempatan ch3,ch5,ch7,ch9,ch11,ITV,TATV,DLTV1 hingga DLTV15 (15 stesen Distance Learning TV) dan beberapa stesen radio FM tempatan selama-lamanya.Satu lagi perbezaan, siaran langsung bola sepak Liga Inggeris di ESPN Astro lebih lambat 3 hingga 5 minit berbanding True Vision. Sekiranya anda sedang menonton ESPN Astro dan jiran anda menonton ESPN True Vision, jangan kata jiran anda gila kalau tiba-tiba anda dengar dia jerit golllllll!!! padahal ketika itu anda sedang tonton pemain masih berlegar-legar di tengah padang